KEMUDI lancar tabung kebajikan bencana 'Pray4Press'

Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI) melancarkan tabung kebajikan bencana 'Pray4Press' bagi membantu pengamal media yang ditimpa musibah banjir.
Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI) melancarkan tabung kebajikan bencana 'Pray4Press' bagi membantu pengamal media yang ditimpa musibah banjir.
A
A
A
KOTA BHARU - Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI) melancarkan tabung kebajikan bencana 'Pray4Press' bagi membantu pengamal media yang ditimpa musibah banjir.

Presidennya, Majidah Ismail berkata, penubuhan tabung tersebut adalah bertujuan untuk meringankan beban mereka yang terlibat khususnya selepas berdepan dengan kerosakan harta benda dan tekanan emosi akibat banjir yang melanda baru-baru ini.

“Kita sedia maklum bahawa pengamal media merupakan barisan hadapan yang memainkan peranan melaporkan berita semasa untuk rakyat.

“Sebelum ini mereka melaporkan sebarang musibah terutamanya banjir, tetapi kali ini disebabkan cuaca buruk yang luar biasa mereka juga terkesan,” katanya semasa sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Tabung Kebajikan Bencana 'Pray4Press' di Pasar Raya Econsave Cawangan Kubang Kerian, di sini pada Rabu.

Hadir sama ialah Pengurus Besar Econsave Cash & Carry Sdn Bhd, Mas Imran Adam.

Menurut beliau, banjir buruk yang melanda Kelantan pada 19 Disember lalu telah menyebabkan seramai 23 pengamal media dari Harakah, Utusan Malaysia, Kosmo, Jabatan Penyiaran Malaysia (Cawangan Kelantan), Sinar Harian, Bernama, dan Berita Harian.

Ujarnya, ada diantara pengamal media yang mengalami kerugian besar apabila rumah yang didiami ditenggelami banjir sedalam 2.5 meter di Pasir Mas.

Majidah memberitahu, melihat penderitaan yang dialami pengamal media memberi idea kepada beliau untuk melancarkan tabung berkenaan.

“Diharap dengan adanya tabung ini wang sumbangan yang diterima dapat digunakan untuk diagihkan kepada mereka yang terkesan.

Artikel Berkaitan:

“Sudah menjadi pegangan kami di KEMUDI, berat sama dipikul ringan sama dijinjing,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui akaun Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI) RHB 25301600016474.