Pelancong China diwajibkan jalani ujian saringan Covid-19

Kerajaan Jepun bakal mewajibkan ujian saringan Covid-19 kepada pelancong dari China bermula 30 Disember berikutan peningkatan jumlah kes di negara itu. - Gambar hiasan 123RF
Kerajaan Jepun bakal mewajibkan ujian saringan Covid-19 kepada pelancong dari China bermula 30 Disember berikutan peningkatan jumlah kes di negara itu. - Gambar hiasan 123RF
A
A
A

MOSCOW - Kerajaan Jepun bakal mewajibkan ujian saringan Covid-19 kepada pelancong dari China bermula 30 Disember berikutan peningkatan jumlah kes di negara itu, lapor media Jepun pada Selasa.

Langkah itu terpakai kepada pelancong dari tanah besar China dan mereka yang melawat negara itu dalam tempoh tujuh hari.

Pelancong berkenaan dikehendaki mengambil ujian saringan Covid-19 sebaik tiba di Jepun, jika keputusan positif mereka perlu menjalani kuarantin selama tujuh hari.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Fumio Kishida pada Selasa, lapor Sputnik memetik Agensi Berita Kyodo.

Pada November, China menyaksikan peningkatan rekod kes Covid-19 melibatkan jangkitan tempatan yang menyaksikan langkah sekatan pergerakan diperketatkan di beberapa bandar utama termasuk Beijing dan Shanghai bemula 24 Nov.

Beberapa bandar seperti Shanghai, Beijing, Guangzhou, Wuhan dan lain-lain telah dilanda protes besar-besaran menuntut sekatan pergerakan dan ujian saringan PCR ditarik balik serta pelonggaran sekatan Covid-19.

Pada Jumaat, media melaporkan kira-kira 37 juta penduduk di China mungkin dijangkiti Covid-19 dalam sehari.

Difahamkan sehingga 248 juta orang atau hampir 18 peratus penduduk berkemungkinan dijangkiti virus itu dalam 20 hari pertama pada Disember. - Bernama

Artikel Berkaitan: