Bekas Presiden Korea Selatan diberi pengampunan

Lee Myung-bak
Lee Myung-bak
A
A
A

SEOUL - Bekas Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak menerima pengampunan pada Selasa sekali gus memendekkan tempoh hukuman penjara 17 tahun atas tuduhan rasuah dan penyelewengan yang dikenakan ke atas beliau.

Menteri Kehakiman, Han Dong-hoon berkata, Myung-bak, 81, berada dalam senarai bersama lebih 1,300 individu lain yang diberikan pengampunan khas daripada perspektif perpaduan yang luas melalui perdamaian, toleransi dan pertimbangan.

Menurutnya, pengampunan kedua diumumkan oleh Presiden Yoon Suk-yeol itu akan berkuat kuasa pada tengah malam Rabu.

Pada Ogos lalu, Pengerusi Eksekutif Samsung Electronics, Lee Jae-yong antara individu yang mendapat keistimewaan khas di bawah pengampunan pertama.

Difahamkan, nasib Presiden Korea Selatan sering berakhir di penjara selepas pesaing politik mereka mengambil alih Rumah Biru.

Pada tahun lalu, Park Geun-hye yang merupakan pengganti Myung-bak juga diberikan pengampunan selepas beliau dihukum penjara 20 tahun atas tuduhan korupsi dan salah guna kuasa selepas disingkirkan pada 2017 kerana skandal rasuah yang turut mencetuskan protes jalanan. - AFP

Info:

> Pada Jun lalu, Myung-bak diberikan pembebasan sementara dari penjara atas faktor usia dan tahap kesihatannya yang semakin merosot.

Artikel Berkaitan:

> Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hyundai tersebut didakwa atas 16 pertuduhan jenayah pada 2018 dan dijatuhkan hukuman dua tahun kemudian.

> Beliau disabit bersalah menerima rasuah daripada Samsung Electronics sebagai pertukaran dengan pengampunan kepada pengerusi, Lee Kun-hee yang dipenjarakan kerana mengelak cukai.