Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A
PASARAN getah Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan peningkatan niaga hadapan getah Shanghai dan harga minyak mentah lebih kukuh disebabkan oleh langkah China untuk melonggarkan lagi sekatan Covid-19 yang telah meningkatkan sentimen global.

Bagaimanapun, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh data ekonomi China yang kurang memberangsangkan serta pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

"Niaga hadapan getah Jepun meningkat pada Selasa, menjejaki kenaikan di pasaran Shanghai berikutan langkah kelonggaran terkini bagi membendung Covid-19 dalam kalangan pembeli utama di China telah menaikkan sentimen meskipun negara itu bergelut dengan lonjakan kes Covid-19 baru-baru ini,” kata seorang peniaga.

Minyak mentah meningkat lebih tinggi berikutan China melaksanakan lebih banyak langkah untuk melonggarkan dasar sifar Covid-19 dan cuaca sejuk di seluruh AS yang mendorong penutupan loji penapisan di kawasan utama Pantai Teluk Texas.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) menambah 6.50 sen kepada 564.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal tidak berubah pada 481.0 sen sekilogram.
Artikel Berkaitan:


Pada jam 5 petang, harga penutup LGM bagi SMR 20 berada pada 561.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 480.0 sen sekilogram.

Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup pada Isnin berikutan cuti gantian sempena Hari Krismas pada Ahad. - Bernama