'Lega tebing runtuh dibaiki'

Kerja baik pulih sedang dilakukan di lokasi. Gambar dalam dari kiri :Alagappen,Nimalan dan Sean Ching.
Kerja baik pulih sedang dilakukan di lokasi. Gambar dalam dari kiri :Alagappen,Nimalan dan Sean Ching.
A
A
A

SEREMBAN - Penduduk di Taman Permai 2 di sini berharap kerja pembaikan tebing runtuh yang bermula awal bulan lepas di kawasan berkenaan akan menamatkan kebimbangan mereka sejak beberapa bulan lalu.

Ia berikutan kejadian tebing runtuh pada Oktober lalu tidak sampai sebulan sudah melebar sehingga sembilan meter akibat hujan lebat sekali gus menyebabkan kediaman seorang penduduk mengalami keretakan.

Menceritakan kembali situasi berkenaan, penduduk, A Nimalan, 33, berkata, menyedari kejadian itu pada 1 Oktober lepas kira-kira jam 10 pagi ketika membawa anjing peliharaannya bersiar-siar sekitar kawasan perumahan itu.

Keadaan tebing runtuh dalam kejadian Oktober lepas.
Keadaan tebing runtuh dalam kejadian Oktober lepas.

"Ketika itu keadaannya tidaklah teruk tetapi dibimbangi akan menyebabkan runtuhan lebih besar, jadi saya memaklumkan kepada jiran yang juga rakan saya, Sean Ching supaya mengambil maklum akan hal itu termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang.

"Ia kerana kediamannya (Sean Ching) berada bersebelahan tebing berkenaan sekali gus dapat mengelakkan kejadian tidak diingini," katanya ketika ditemui pemberita semasa tinjauan ADUN Bukit Kepayang, Nicole Tan Lee Koon ke lokasi itu pada Isnin.

Dalam pada itu, rakannya, Sean Chin, 29, berasa lega apabila tebing berkenaan sudah mula dibaiki kerana tidak mahu kejadian lebih parah terjadi.

"Tembok rumah saya mengalami keretakan akibat kejadian itu dan tebing berkenaan betul-betul berada di sebelah rumah saya. Keadaan itu begitu membimbangkan terutamanya setiap kali hujan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Jirannya, S Alaggapen, 65, berkata, senada dengan Sean Ching kerana sepanjang 32 tahun tinggal di kediaman itu tidak pernah berlaku kejadian tebing runtuh.

"Tidak tahulah apa puncanya sebab ini kejadian pertama, sekiranya tidak ditangani segera mungkin boleh menjejaskan kediaman penduduk lain. Tetapi syukurlah ia dalam proses pembaikan dan berharap ia tidak akan berulang lagi," katanya.

Sementara itu, Nicole berkata, kerja baik pulih tebing itu telah dimulakan pada awal bulan lepas dengan kos kira-kira RM280,000 merupakan peruntukan daripada Majlis Bandaraya Seremban (MBS).

"Ia mengambil masa sekitar tiga bulan untuk siap sepenuhnya dan pemantauan di lokasi akan dilakukan daripada masa ke masa memandangkan keadaan cuaca ketika ini yang kerap hujan.

Nicole (kanan) melihat kedaaan retakkan di kediaman Sean Ching (kiri).
Nicole (kanan) melihat kedaaan retakkan di kediaman Sean Ching (kiri).

"Selain itu, saya juga menggesa kepada orang ramai supaya tidak membuang sampah di kawasan tebing bukit yang dikhuatiri boleh menyebabkan aliran air longkang sedia ada tersumbat sehingga boleh menyebabkan insiden tidak diingini.

"Ini adalah tanggungjawab kita bersama kerana keadaan seumpama itu boleh mengundang pelbagai isu termasuk kebersihahan dan kesihatan," katanya.