Tiket kereta api dalam dolar AS, euro untuk warga asing

Warga asing di Mesir boleh membeli tiket kereta api dalam mata wang dolar AS atau euro mulai Januari.
Warga asing di Mesir boleh membeli tiket kereta api dalam mata wang dolar AS atau euro mulai Januari.
A
A
A

KAHERAH - Menteri Pengangkutan Mesir, Kamel Wazir pada Ahad berkata, warga asing boleh membeli tiket kereta api dalam mata wang dolar AS atau euro mulai Januari, lapor Sputnik.

"Garis panduan baharu akan dikuatkuasakan pada Januari - tiket kereta api akan dijual kepada warga asing hanya dalam matawang dolar atau euro," kata Wazir kepada penyiar Mesir MBC.

Keputusan itu dibuat susulan lonjakan urus niaga pertukaran di pasaran gelap dan Mesir mengalami kekurangan mata wang asing, kata Wazir.

Pasaran gelap menjadi semakin aktif sejak Mac, berikutan penurunan 60 peratus dalam nilai pound Mesir berbanding dolar AS.

Kadar pertukaran di pasaran haram adalah 1.5 kali lebih tinggi daripada kadar rasmi.

Bank Pusat Mesir dan kementerian kewangan turut mengkaji pilihan perdagangan mata wang negara dengan Rusia.

Pada Mac 2020, rizab pertukaran asing Mesir mencapai rekod tertinggi iaitu sebanyak AS$45 bilion.

Sejak itu, rizab telah berkurangan secara berterusan.

Bank pusat menjelaskan bahawa rizab pertukaran asing digunakan untuk memenuhi permintaan pasaran Mesir untuk mata wang asing dan memastikan import barangan strategik, serta membayar hutang luar negeri.

Pada akhir November, rizab bank pusat hanya melebihi AS$33 bilion. - Bernama