Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak meningkat

Sebahagian mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Kampung Bedaun, Santubong. - Foto Bernama
Sebahagian mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Kampung Bedaun, Santubong. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Jumlah keseluruhan mangsa banjir di enam negeri turun kepada 24,414 orang melibatkan 7,696 keluarga setakat jam 4 petang Sabtu berbanding 34,437 orang pada sebelah pagi.

Bagaimanapun, Sabah dan Sarawak mencatatkan peningkatan jumlah mangsa, manakala Terengganu, Kelantan, Johor dan Perak berkurang.

Berdasarkan laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), sebanyak 123 pusat pemindahan sementara (PPS) aktif dibuka di 19 daerah.

Di Sarawak, sejumlah 1,395 mangsa melibatkan 360 keluarga kini ditempatkan di 17 PPS, manakala 829 mangsa di Sabah kini ditempatkan di lapan PPS, melibatkan 196 keluarga.

Jumlah mangsa banjir tertinggi dicatatkan oleh Kelantan iaitu seramai 13,549 orang melibatkan 4,676 keluarga yang berada di 32 PPS, manakala 8,540 mangsa di Terengganu kini ditempatkan di 63 PPS, melibatkan 2,437 keluarga.

Seramai 69 mangsa bencana itu di Perak ditempatkan di dua PPS yang melibatkan 17 keluarga.

Seterusnya, di Johor 32 mangsa daripada 10 keluarga kini berada di satu PPS yang disediakan.

Artikel Berkaitan: