Lelaki tetak bekas adik ipar ditahan

No Image Caption
A
A
A

PEKAN - Pihak polis berjaya menahan seorang lelaki di Melaka, hari ini yang dipercayai menetak bekas adik iparnya Kampung Padang Buloh, di pekan, Sabtu lalu.

Suspek yang telah diburu polis lebih daripada tiga hari ditahan di sebuah rumah di bandar Melaka pada jam 1 pagi tadi bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek berkata pihaknya mengesahkan tangkapan yang dilakukan.

Menurutnya, Jabatan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan dalam proses membawa mangsa ke Pekan.

“Saya mengesahkan bahawa dia (suspek) telah pun ditahan pagi tadi. Pihak kita sedang dalam proses untuk membawanya ke sini.

"Kita percaya motif suspek bertindak demikian disebabkan dendam dan tidak berpuas hati dengan keluarga mangsa.

"Kes kini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh," katanya

Dalam kejadian 10.30 malam itu, mangsa cedera di bahagian perut dan tangan selepas ditetak suspek menggunakan pisau panjang.

Artikel Berkaitan:

Kejadian itu turut menyebabkan ibu mangsa yang berada di lokasi kejadian cedera di kepala dan tangan kanan selepas diserang lelaki berkenaan yang kemudian bertindak melarikan diri menggunakan motosikal.

ARTIKEL BERKAITAN Lelaki parah ditetak bekas abang ipar