Dua maut insiden tembakan di Paris

Polis mengawal lokasi insiden tembakan di Rue d'Enghien di Paris. - AFP
Polis mengawal lokasi insiden tembakan di Rue d'Enghien di Paris. - AFP
A
A
A

PARIS - Dua orang terbunuh dan empat cedera dalam insiden tembakan di Paris pada Jumaat.

Menurut polis, suspek berusia 60-an berjaya ditangkap.

Bagaimanapun, motif serangan di deretan kedai sekitar Rue d'Enghien tidak dapat dipastikan.

"Penembak telah ditangkap bersama senjatanya. Bahaya sudah berakhir," kata sumber polis memberitahu AFP.

Tembakan berlaku pada jam 11 pagi (waktu tempatan) sehingga mencetuskan panik di kawasan kejiranan, kedai, restoran dan bar ketika waktu puncak.

Penduduk, Emmanuel Boujenan memberitahu AFP bahawa seorang lelaki telah ditahan dalam kedai gunting rambut.

"Orang ramai panik, menjerit kepada polis dan menunjuk ke kedai gunting rambut bahawa suspek berada di situ," jelasnya.

Tambahnya, dua lelaki berada dalam kedai tersebut dengan mengalami kecederaan di kaki. - AFP

Artikel Berkaitan: