7 maut kes tembakan antara polis, suspek perompak di Brazil

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

RIO DE JANEIRO - Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh pada Rabu dalam kejadian berbalas tembakan antara polis dan mereka yang dipercayai penjenayah yang merancang untuk merompak pondok tol lebuh raya di negeri Goias Brazil, demikian disahkan oleh Polis Tentera negeri.

Menurut polis, insiden itu berlaku pada awal pagi di sebuah rumah di bandar Nova Gama, selepas Polis Tentera dimaklumkan oleh perkhidmatan risikan mengenai rancangan rompakan itu.

Pegawai yang pergi ke alamat itu mendapati sekurang-kurangnya 12 orang dipercayai berkumpul untuk melakukan rompakan itu.

Kedua-dua pihak berbalas tembakan, mengakibatkan empat suspek maut dan tiga lagi cedera, dan dikejarkan ke hospital tetapi meninggal dunia sebelum mendapat rawatan, lapor Xinhua.

Lima daripada suspek melarikan diri dan sedang diburu.

Polis berkata, kumpulan itu memiliki pelbagai jenis senjata, termasuk 11 senjata api serta bahan letupan, peluru dan empat kenderaan curi. - Bernama-Xinhua