'El Chapo Asia' diekstradisi ke Australia

Chi Lop menjadi buruan pihak berkuasa selama sedekad. - Foto Agensi
Chi Lop menjadi buruan pihak berkuasa selama sedekad. - Foto Agensi
A
A
A

MELBOURNE - Ketua sindiket jenayah terbesar di Asia yang turut berada dalam senarai notis merah Interpol telah diekstradisi ke Australia selepas ditahan atas tuduhan mengedar dadah, menurut polis pada Khamis.

Warga Kanada kelahiran China, Tse Chi Lop, 59, yang mendapat julukan 'El Chapo Asia' dipercayai menjadi ketua kartel mega, Sam Gor yang merupakan pengeluar dan pembekal utama methamphetamine serta terlibat aktiviti 'cuci wang' melalui kasino, hotel dan hartanah di rantau Mekong di Asia Tenggara.

Chi Lop yang menjadi buruan pihak berkuasa selama sedekad akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melbourne untuk menjawab pertuduhan tentang konspirasi mengedar kuantiti dadah terkawal selepas dia diekstradisi dari Belanda susulan penahanannya di Lapangan Terbang Schiphol pada Januari 2021.

Dia bakal berdepan hukuman penjara seumur hidup jika disabit bersalah. - AFP

Artikel Berkaitan: