Perdana Menteri bentang bajet mini

Anwar - Foto Bernama
Anwar - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Dewan Rakyat pada Selasa meluluskan Bajet Mini 2023 dan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 selepas bacaan kali ketiga dengan undian suara.

Keputusan tersebut diumumkan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul selepas tiada perbahasan bagi kedua-dua usul yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun sebelum itu membentangkan bajet mini untuk perbelanjaan perkhidmatan berjumlah RM107,718,676,650.

Pembentangan peruntukan itu di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang akan mula berkuasa kuasa pada 1 Januari ini.

Ketika membentangkan perkara itu di Dewan Rakyat pada Selasa, berkata, bajet mini itu merangkumi pembayaran gaji penjawat awam, utiliti dan biasiswa.

Turut terkandung dalam mini bajet itu adalah bantuan kebajikan serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan.

Jelas Anwar, pembentangan RUU ini bertujuan mendapatkan kebenaran sementara Parlimen supaya kerajaan boleh berbelanja sebahagian Anggaran Perbelanjaan bagi tempoh beberapa bulan sehingga RUU Perbekalan 2023 (Bajet 2023) dibentang semula dan diluluskan kelak.

“Bagi tujuan ini, maka kerajaan mencadangkan RUU ini supaya dibenarkan pengeluaran daripada Kumpulan Wang Disatukan, yang tidak melebihi RM107,718,676,650 yang dianggarkan mustahak, bagi perkhidmatan kerajaan untuk tempoh enam bulan yang pertama tahun 2023,” katanya.

Artikel Berkaitan: