[VIDEO] Ebit tiba di Mahkamah Tenom untuk sambung perbicaraan

Ebit tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Tenom.
Ebit tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Tenom.
A
A
A

TENOM - Pendakwah terkenal, Ebit Lew tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Tenom pada jam 9.50 pagi Selasa bagi menghadiri sambungan perbicaraan kes gangguan seksual yang dihadapinya.

Ebit Lew, 37, atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim dilihat berpakaian serba hitam dan berkopiah putih tiba dengan menaiki sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Land Cruiser hitam.

Ebit menghadiri perbicaraan itu selepas berhadapan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Setakat ini, pihak pendakwaan telah menampilkan tiga saksi termasuk pendakwah bebas, Firdaus Wong pada hari ketiga dan keempat prosiding yang berlangsung pada September lalu.

Perbicaraan bersambung selama tiga hari bermula Selasa hingga Khamis ini melibatkan saksi yang sama dan dijangka lebih ramai saksi akan dipanggil termasuk daripada pihak pembelaan.

Ebit diwakili barisan peguamnya, Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki, Timothy Daut, Kimberly Ye Wanchuin dan Chen Wen Jye, manakala Majistret ialah Nur Asyraf Zolhani.

Sementara itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Muhammad Ilmami Ahmad, Zahida, Adibah Saiful Bahri dan Nur Masrin Amalia.

Artikel Berkaitan: