Tanah runtuh: Aliran air, struktur tanah sukarkan operasi SAR

Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ketika melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang tertimbus di lokasi tanah runtuh - Foto Bernama
Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ketika melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang tertimbus di lokasi tanah runtuh - Foto Bernama
A
A
A

BATANG KALI - Kewujudan aliran air bawah tanah antara kesukaran yang dihadapi pasukan penyelamat dalam menjalankan kerja mencari 12 mangsa yang masih hilang dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers' Organic Farm, Gohtong Jaya di sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, usaha pencarian dilaksanakan dalam kaedah yang berhati-hati dengan mengambil kira segala faktor.

"Aliran air bawah tanah yang dikesan di kawasan runtuhan ini antara cabaran yang perlu dihadapi, sekali gus keadaan tanah menjadi berselut.

"Faktor cuaca turut diambil kira dan sekiranya hujan berlaku maka proses mencari dan menyelamat ini akan ditangguhkan serta- merta," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di lokasi kejadian tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers' Organic Farm, Gohtong Jaya di sini pada Sabtu.

Setakat jam 11 pagi Sabtu, 21 mangsa disahkan meninggal dunia, 61 terselamat dan 12 lagi masih belum ditemui.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa giat dijalankan membabitkan 135 anggota penyelamat.

Artikel Berkaitan: