10 minit 'bergelut' tangkap ular sawa masuk rumah

Ular sawa yang berjaya ditangkap dibawa balik ke pejabat BSYJM sebelum diserahkan kepada Perhilitan Kedah untuk tindakan seterusnya.
Ular sawa yang berjaya ditangkap dibawa balik ke pejabat BSYJM sebelum diserahkan kepada Perhilitan Kedah untuk tindakan seterusnya.
A
A
A

SIK - Pasukan Briged Sukarelawan Yayasan Jariah Malaysia (BSYJM) mengambil masa 10 minit untuk menangkap seekor ular sawa sepanjang lebih empat meter yang memasuki sebuah rumah di Kampung Kuala Jeneri, dekat sini pada malam Khamis.

Pengarahnya, Mahadzir Abdul Hamid berkata, dalam kejadian jam 8.40 malam itu, pasukannya mengambil sedikit masa untuk menangkap ular sawa seberat 14 kilogram itu kerana reptilia berkenaan bertindak agresif ketika ditangkap.

Menurutnya, sebelum itu, briged sukarelawan tersebut menerima panggilan kecemasan daripada Zamri Zainol, 55, yang memaklumkan seekor ular sawa telah masuk ke dalam rumahnya.

"Sebanyak tujuh anggota dihantar ke lokasi dan apabila tiba, semua ahli keluarga yang tinggal di rumah berkenaan telah berada di luar rumah kerana bimbang ancaman ular sawa terbabit.

"Anggota memeriksa di bahagian ruang simpanan barang di belakang rumah dan berusaha mengesan kedudukan ular yang bersembunyi di bawah longgokan barangan.

“Usaha untuk menangkap ular itu mengambil masa hampir 10 minit apabila ular sawa yang sedang kelaparan itu bertindak agresif dengan menyerang anggota,” katanya semasa dihubungi pemberita pada Jumaat.

Menurutnya lagi, ular sawa yang ditangkap dibawa balik ke pejabat BSYJM sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah untuk tindakan seterusnya.

Artikel Berkaitan: