Covid-19: 1,161 kes baharu, empat kematian

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Malaysia merekodkan sebanyak 1,161 kes baharu Covid-19 pada Khamis dengan tiga daripadanya merupakan kes import.

Angka baharu itu menjadikan keseluruhan kes aktif adalah sebanyak 16,811.

Menurut data di portal KKMNOW, sebanyak 93.7 peratus atau 15,749 individu menjalani kuarantin di rumah dan tiada yang dirawat dalam Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 1,004 kes Covid-19 menerima rawatan di hospital dan 58 di unit rawatan rapi (ICU).

Sementara itu, kes sembuh sebanyak 1,562 menjadikan kumulatif berkenaan adalah 4,961,287.

Pada masa sama, negara juga turut mencatatkan empat kematian terbaharu dengan satu daripadanya merupakan kematian luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Jumlah itu sekali gus menjadikan keseluruhan kes kematian adalah sebanyak 36,787.

Artikel Berkaitan: