Maghribi barakan semangat baharu bola sepak Afrika

Walid Regragui dan pemain Maghribi memberi reaksi selepas separuh akhir Piala Dunia Qatar 2022 berdepan Perancis di Stadium Al Bayt, Al Khor. - Foto EPA
Walid Regragui dan pemain Maghribi memberi reaksi selepas separuh akhir Piala Dunia Qatar 2022 berdepan Perancis di Stadium Al Bayt, Al Khor. - Foto EPA
A
A
A

PENCAPAIAN Maghribi mara ke separuh akhir Piala Dunia buat julung kalinya akan menyuntik semangat baharu dalam bola sepak Afrika.

Dan memberi harapan kepada pasukan benua itu apabila kembali dalam jumlah yang lebih besar dalam masa empat tahun. - Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat 2026.

Bola sepak Afrika telah berada dalam krisis keyakinan selepas Piala Dunia terakhir di Rusia, apabila tiada satu pun daripada lima pasukan berjaya keluar dari fasa kumpulan, tetapi itu kini semua berubah dengan prestasi pasukan Walid Regragui di Qatar.

Menewaskan Belgium, Kanada, Portugal dan Sepanyol menyaksikan Maghribi menjadi negara Afrika dan Arab pertama berada dalam kelompok empat terbaik sekali gus rujukan serta teladan dicontohi pasukan lain.

Ia adalah satu pencapaian mengagumkan, terutamanya selepas The Atlas Lions dibelenggu kecederaan, beberapa pemain separuh cergas dan keletihan dalam kebanyakan perlawanan, namun mampu mempamerkan keazaman tinggi.

Banyak momentum positif dilakar Maghribi dalam setiap perlawanan dibarakan kontinjen besar para penyokong The Atlas Lions yang meningkatkan tahap desibel dengan ketara serta mencipta aura luar biasa untuk pasukan.

Tetapi jurulatih muda Walid Regragui, yang dilantik hanya tiga bulan sebelum itu, juga mampu mencipta semangat berpasukan walaupun mempunyai skuad paling heterogen pada kejohanan itu.

Maghribi dibarisi para pemain The Atlas Lions dalam kalangan yang berada di Eropah, yang merupakan generasi ketiga yang tidak tahu berbahasa Arab atau Perancis, menyebabkan kesukaran berkomunikasi dengan rakan sepasukan.

Artikel Berkaitan:

“Kami lebih daripada sebuah keluarga, lebih daripada pasukan kelab daripada pasukan kebangsaan.

“Dan saya rasa itulah yang memberi kami kekuatan hebat ini,” kata Walid Regragui.

Dengan pertahanan kental membolehkan The Atlas Lions menewaskan Sepanyol dalam pusingan 16 terbaik tetapi akur kehebatan Perancis pada perlawanan separuh akhir Khamis.

“Saya rasa kami telah memberikan imej yang baik mengenai Maghribi dan imej yang baik tentang bola sepak Afrika dan itu juga penting bagi kami, kerana kami mewakili negara dan benua kami,” kata Walid Regragui.

Mereka akan menentang Croatia dalam perlawanan penentuan tempat ketiga di Doha, Sabtu ini.