Tindakan tegas ke atas pihak anjur pesta ria tanpa permit

Tiga cedera selepas terjatuh daripada permainan di tapak fun fair (pesta ria) di sini pada Isnin.
Tiga cedera selepas terjatuh daripada permainan di tapak fun fair (pesta ria) di sini pada Isnin.
A
A
A

PUTRAJAYA – Tindakan tegas boleh diambil kepada mana-mana pihak yang menganjurkan pesta ria (fun fair) secara haram.

Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berharap tidak akan ada lagi pihak menganjurkan ‘fun fair’ tanpa permit yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) selepas ini.

“Tindakan tegas boleh diambil kepada pihak penganjur yang tidak dapat sebarang kebenaran atau tanpa lesen mengikut undang-undang,” katanya pada pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Presint 7, di sini pada Rabu.

Beliau turut menyarankan setiap PBT untuk meneliti sebelum mengeluarkan syarat lesen mengikut segala peraturan undang-undang kecil yang sudah termaktub.

“Untuk kes di Puncak Alam kita serahkan kepada PBT berkenaan untuk buat laporan polis dan tindakan boleh diambil iaitu denda RM25,000 serta penjara tiga tahun,” katanya.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan, tiga cedera selepas terjatuh daripada permainan dikenali sebagai 'Sotong Ride' di tapak fun fair (pesta ria) di sini pada Isnin.

Sementara itu, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mengesahkan aktiviti hiburan pesta ria (funfair) di Puncak Alam di sini tidak mendapat kelulusan dan lesen operasi daripada PBT.

Yang Dipertuanya, Rahilah Rahmat berkata, penganjur telah beberapa kali mengemukakan permohonan lesen hiburan namun didapati tidak lengkap.

Artikel Berkaitan: