Tiga cedera jatuh dari permainan pesta ria

Orang ramai berkerumun ke arah salah seorang mangsa terjatuh daripada permainan di tapak pesta ria di sini pada Isnin. Foto: media sosial
Orang ramai berkerumun ke arah salah seorang mangsa terjatuh daripada permainan di tapak pesta ria di sini pada Isnin. Foto: media sosial
A
A
A

PUNCAK ALAM - Tiga cedera selepas terjatuh daripada permainan di tapak fun fair (pesta ria) di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, polis menerima maklumat kejadian berkenaan pada jam 9 malam.

Bagaimanapun katanya, polis masih belum mengenal pasti identiti mangsa terlibat dan perkara itu masih dalam siasatan.

"Ketiga-tiga mangsa sudah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Sementara itu, tular beberapa video mengenai kejadian itu di media sosial.

Menerusi beberapa video dan gambar yang tular di laman sosial Facebook, permainan itu beroperasi seperti biasa tanpa permasalahan, bagaimanapun ia bertukar sebaliknya.

Pada masa sama, kedengaran suara jeritan dipercayai daripada pengunjung pesta ria tersebut.

Selepas kejadian, orang ramai yang berada di sekitar lokasi kejadian kemudian membantu menenangkan mangsa.

Artikel Berkaitan: