Banjir di Kelantan makin teruk

Penduduk pulang menjenguk kediaman mereka menggunakan perahu selepas berpindah ke PPS.
Penduduk pulang menjenguk kediaman mereka menggunakan perahu selepas berpindah ke PPS.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Banjir di negeri ini semakin teruk apabila mangsa meningkat kepada 1,997 orang pada Selasa.

Sebanyak 662 keluarga ditempatkan di tujuh buah pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas dan Rantau Panjang.

Menurut aplikasi MyPublic Infobanjir, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang menurun dan masih berada pada paras amaran iaitu 9.37 meter.

Penduduk dari Kampung Tersang, Che Ali Che Mud, 60, berkata, ia merupakan kali ketiga dia sekeluarga berdepan banjir pada tahun ini.

"Gelombang pertama pada Februari, kemudian November lalu dan sekarang.

"Sejak Jumaat lalu kami terpaksa berpindah ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh apabila air mulai melimpah masuk dalam rumah," katanya kepada Sinar Harian.

Wan Rohaya pulang ke rumah untuk mengambil pakaian dan dibawa ke PPS.
Wan Rohaya pulang ke rumah untuk mengambil pakaian dan dibawa ke PPS.

Menurutnya, setiap hari sekitar jam 2 petang dia akan pulang ke rumah menaiki perahu untuk memantau keadaan harta benda.

Artikel Berkaitan:

"Kawasan kampung ini tersebut sering banjir semasa musim tengkujuh tetapi tidak seteruk dua tahun kebelakangan ini.

"Puncanya dipercayai pembinaan tebatan banjir menyebabkan air dalam dan terpaksa berdepan banjir termenung sehingga mencecah dua minggu.

Sementara itu, Wan Rohaya Abdullah, 32, berkata, sudah lima hari dia berpindah ke PPS SK Tok Deh.

"Tahun ini sahaja sudah tiga kali rumah dinaiki air dan berdepan dengan banjir termenung.

"Sebelum ini hanya banjir setahun sekali tetapi sejak pembinaan tebatan banjir semuanya berubah," katanya.

Menurut dia, perasaan marah, penat bercampur baur, tetapi apakan daya mereka tidak mempunyai pilihan.

Ujarnya, setiap kali banjir kawasan mereka sering menjadi tumpuan pelbagai pihak terutama dari agensi kerajaan mahupun badan bukan kerajaan (NGO) tetapi masalah sampai sekarang tidak selesai.

"Kami berharap masalah tebatan banjir ini dapat diselesaikan segera," katanya.