Penduduk gempar buaya naik atas jalan

Rafiq memuat naik video buaya di atas jalan raya berdurasi 29 saat di dalam akaun Facebook miliknya pada malam Isnin.
Rafiq memuat naik video buaya di atas jalan raya berdurasi 29 saat di dalam akaun Facebook miliknya pada malam Isnin.
A
A
A

KUANTAN - Kehadiran seekor buaya besar naik di atas jalan di Kampung Seri Damai pada malam Isnin menggemparkan penduduk setempat.

Kejadian itu sempat dirakamkan penduduk kampung yang menyedari reptilia berkenaan berada di atas jalan sebelum tular di laman sosial.

Video yang berdurasi 29 saat itu telah dimuat naik pemilik akuan Facebook Rafiq Khan mendapat tonton hampir 3,000 dan lebih 16 kali dikongsikan.

Rafiq nama sebenarnya Mohammad Rafiq Khan Ahmad Khan yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis berkata, video buaya itu diperoleh daripada salah seorang penduduk di kampung terbabit.

Menurutnya, penduduk terbabit telah melalui Jalan Air Hitam di kampung tersebut pada kira-kira 9 malam Isnin telah terserempak dengan seekor buaya yang datang dari Sungai Belat.

"Kita sudah sedia maklum, di situ memang kawasan habitat buaya dan setiap kali hujan, bila air naik melimpah atas jalan, memang buaya sering berlegar di kawasan terbabit.

"Kebetulan ini kali pertama penduduk dapat rakam dan tularkannya di dalam laman sosialnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Beliau bagaimanapun menasihatkan orang ramai supaya menghindari laluan tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Ibu bapa juga perlu memastikan anak-anak mereka tidak bermain air di kawasan itu. Kita khuatir perkara tidak diingini berlaku," jelas beliau.