DUN Johor lulus Bajet 2023 berjumlah RM1.731 bilion

ONN HAFIZ
ONN HAFIZ
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Ahad sebulat suara meluluskan Belanjawan Johor 2023 berjumlah RM1.731 bilion.

Belanjawan Johor 2023 bertemakan 'Maju Johor, Makmur Bersama Rakyat' dibentangkan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada 1 Disember lalu.

Belanjawan dibentangkan itu adalah belanjawan lebihan RM2.44 juta, selepas dua tahun berturut-turut merekodkan belanjawan defisit pada 2021 dan 2022.

Kali terakhir Johor merekodkan belanjawan lebihan adalah pada 2020 yang menyaksikan lebihan sebanyak RM2.36 juta, untuk tahun ke-10 berturut-turut.

Belanjawan Johor 2023 membabitkan sejumlah RM69.51 juta perbelanjaan tanggungan manakala bakinya, RM1.662 bilion adalah perbelanjaan bekalan.

Pada tahun depan, hasil Johor dianggarkan sebanyak RM1.734 bilion dengan perbelanjaan pula adalah sebanyak RM1.731 bilion. Oleh itu, terdapat lebihan sebanyak RM2.44 juta.

Sejumlah RM1.126 bilion diperuntukkan bagi tujuan belanja mengurus membabitkan emolumen sebanyak RM 559.54 juta, perkhidmatan dan bekalan (RM316.73 juta), aset (RM 27.86 juta), pemberian dan kenaan bayaran tetap (RM 209.37 juta) dan perbelanjaan lain (RM 13.24 juta).

Artikel Berkaitan: