Mangsa banjir seluruh negara meningkat kepada 1,436 orang

Penduduk Kampung Tersang yang tinggal berdekatan Sungai Golok mengambil langkah berjaga-jaga selepas hujan lebat sejak tiga hari lalu. - Foto Bernama
Penduduk Kampung Tersang yang tinggal berdekatan Sungai Golok mengambil langkah berjaga-jaga selepas hujan lebat sejak tiga hari lalu. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM- Jumlah mangsa banjir seluruh negara meningkat kepada 1,436 orang setakat jam 7 pagi Ahad berbanding 922 pada 8 malam, Sabtu.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), sebanyak 400 keluarga di Pahang, Terengganu, Kelantan dan Perak ditempatkan di 19 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di empat negeri iaitu Pahang, Terengganu, Kelantan dan Perak.

Di Pahang, tujuh pusat berkenaan dibuka dalam empat daerah bagi menempatkan seramai 517 mangsa banjir yang secara keseluruhannya terdiri daripada 155 keluarga.

Sementara itu, Terengganu mencatatkan seramai 585 individu daripada 150 keluarga ditempatkan di 10 PPS dekat empat daerah.

Pada masa yang sama, bagi Kelantan pula, satu PPS yang terletak dalam sebuah daerah menempatkan 84 keluarga berjumlah 280 orang.

Selain itu, di Perak, 54 mangsa daripada 11 keluarga ditempatkan dalam satu PPS dekat satu daerah.

Media pada Sabtu melaporkan 922 mangsa yang dipindahkan adalah daripada 268 keluarga di negeri yang sama.

Artikel Berkaitan: