Sila log masuk terlebih dahulu.

1,597 kes baharu Covid-19, 6 kematian

Malaysia merekodkan 1,597 kes baharu Covid-19 pada Jumaat. - Gambar hiasan
Malaysia merekodkan 1,597 kes baharu Covid-19 pada Jumaat. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 1,597 kes baharu Covid-19 pada Jumaat dengan lima daripadanya merupakan kes import.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes pandemik itu di negara ini meningkat kepada 4,969,981.

Menurut portal KKMNOW, enam kematian akibat Covid-19 turut dilaporkan dan satu daripadanya melibatkan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu di Malaysia bertambah kepada 36,748.

Terdapat 86 kes ditempatkan di wad unit rawatan rapi (ICU) dengan 54 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Artikel Berkaitan: