'Lantik Zahid sebagai TPM, impak buruk buat Anwar'

Tawfik ketika Program Sinar Live
Tawfik ketika Program Sinar Live
A
A
A

SHAH ALAM - Pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) dilihat bakal memberi impak buruk kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Penganalisis Politik Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfik Yaakub, ia kerana Anwar merupakan individu yang dikenali dengan perjuangan reformasi dan nilai integriti dalam pentadbiran negara.

Ujarnya, tindakan beliau melantik individu yang terpalit dengan kes mahkamah seperti Ahmad Zahid akan merisikokan sokongan masyarakat terhadap partinya.

“Anwar kena lihat dalam keadaan nak mereformasikan negara jangan calarkan keadaan tersebut.

“Pelantikan Ahmad Zahid sebagai TPM secara undang-undangnya sah tetapi daripada sudut nilai integriti adalah salah,” kata beliau dalam Program Sinar Live: Masa untuk realisasi manifesto pada Rabu.

Turut serta sebagi panel dalam program Sinar Live, Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib dan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Atyrah Hanim Razali.

Sebelum ini, Anwar menegaskan bahawa kedudukan kes Ahmad Zahid tidak seharusnya menjadi isu dalam pelantikannya sebagai TPM.

Ia kerana, beliau belum dibuktikan bersalah oleh mana-mana mahkamah.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Mohammad Tawfik dalam program itu mencadangkan supaya pilihan raya dijalankan pada hari cuti.

Jelas beliau, ia sebagai memudahkan pengundi terutama dari luar kawasan untuk keluar mengundi.

“Kalau bagi negeri yang hari cutinya seperti Kedah iaitu pada Jumaat dan Sabtu maka hari mengundi itu wajar dibuat pada Sabtu, sebab Jumaat singkat, kalau bagi negeri seperti Pahang dan sebagainya, hari mengundi boleh dibuat sama ada pada Sabtu atau Ahad,” tambahnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!