Pahang: 134 mangsa banjir ditempatkan di tujuh PPS

Anggota APM membantu menyediakan keperluan untuk mangsa banjir di salah satu PPS yang dibuka di negeri ini pada Rabu.
Anggota APM membantu menyediakan keperluan untuk mangsa banjir di salah satu PPS yang dibuka di negeri ini pada Rabu.
A
A
A

KUANTAN - Tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di negeri ini bagi menempatkan 134 mangsa banjir dari daerah Raub dan Lipis pada Rabu.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Kolonel Pertahanan Awam (PA) Che Adam A Rahman berkata, daripada jumlah itu, enam dibuka di daerah Raub dan satu di Lipis.

Menurutnya, PPS yang dibuka termasuk di surau Kampung Peruas, pusat pemindahan Kampung Pamah Rawas, Balai Raya Kampung Pamah Kulat, Kampung Keloi, Kampung Jenud dan Ulu Atok di Raub dengan 117 mangsa daripada 25 keluarga.

"Hanya satu PPS dibuka di Lipis iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Budu yang menempatkan 17 mangsa dari lapan keluarga," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, banjir yang berlaku di kawasan tersebut susulan hujan lebat sejak malam Selasa.

Artikel Berkaitan: