Sila log masuk terlebih dahulu.

1,649 kes baharu Covid-19, 16 kematian

Malaysia merekodkan 1,722 kes baharu Covid-19 pada Selasa. - Foto Bernama
Malaysia merekodkan 1,722 kes baharu Covid-19 pada Selasa. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 1,649 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Selasa termasuk tiga daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan wabak berkenaan meningkatkan kepada 5,003,557 kes.

Data sama juga turut mencatatkan 16 kematian baharu akibat Covid-19 dengan lapan daripadanya membabitkan kematian di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Dalam pada itu, kes aktif Covid-19 pula merekodkan sebanyak 21,758 dengan 20,243 atau 93 peratus daripadanya merupakan individu yang dikuarantin di rumah.

Seramai 1,414 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 64 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Artikel Berkaitan:


Selain itu, data berkenaan turut mencatatkan sebanyak 1,675 kes sembuh, menjadikan jumlah kumulatif seluruh negara kini 4,945,067 orang.