EU larang import produk 'pemacu penebangan hutan'

Pihak berkaitan perlu memastikan mereka mematuhi peraturan tersebut jika mahu membekalkan produk di pasaran EU. - Foto Agensi
Pihak berkaitan perlu memastikan mereka mematuhi peraturan tersebut jika mahu membekalkan produk di pasaran EU. - Foto Agensi
A
A
A

BRUSSELS - Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa mencapai kesepakatan untuk mengenakan larangan import terhadap beberapa produk yang dianggap sebagai 'pemacu utama aktiviti penebangan hutan'.

"Semua pihak berkaitan perlu memastikan mereka mematuhi peraturan tersebut jika mahu membekalkan produk di pasaran blok ini apabila undang-undang baharu tersebut berkuat kuasa," kata Suruhanjaya Eropah (EC) dalam satu kenyataan.

Antara senarai produk yang dilarang ialah minyak sawit, lembu, soya, kopi, koko, kayu dan getah.

"Ia adalah pertama kali yang dilaksanakan di dunia! Ia adalah kopi yang kita minum ketika sarapan, coklat yang kita makan dan arang batu untuk barbeku, kertas untuk buku. Ia peraturan yang radikal," ujar Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar Parlimen Eropah, Pascal Canfin yang memberi respons negatif terhadap langkah tegas itu.

Difahamkan, teks tersebut dicadangkan EC pada November 2021 dan EU kini perlu menerima pakai peraturan tersebut secara rasmi sebelum ia dikuatkuasakan. - AFP

Artikel Berkaitan: