Cadang RGG acara pelancongan negara

Abdul Rashid (dua dari kiri) dan Mohamad Zain (tiga dari kiri) ketika pengiktirafan himpunan 343 motosikal scrambler dalam Malaysia Book of Records di Morib hari ini.
Abdul Rashid (dua dari kiri) dan Mohamad Zain (tiga dari kiri) ketika pengiktirafan himpunan 343 motosikal scrambler dalam Malaysia Book of Records di Morib hari ini.
A
A
A

MORIB - Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) berhasrat menyenaraikan program himpunan peminat motosikal besar-besaran, Retromania Grand Gathering (RGG) dalam kalender acara pelancongan negara, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

Yang Dipertuanya, Mohamad Zain A Hamid berkata, beliau melihat acara berkenaan sebagai platform terbaik memperkenalkannya sebagai acara tarikan setiap tahun di Kuala Langat dan Selangor khususnya.

Menurutnya, dalam tempoh tujuh tahun penganjurannya juga, RGG berjaya menarik penyertaan antarabangsa menjadikan acara itu berpotensi untuk terus dilaksanakan.

“Kita akan panjangkan kepada MOTAC untuk masukkan program ini dalam kalender pelancongan tahunan negara.

“Kita harap ia dapat memberi impak kepada pelancongan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian RGG 2019 Malaysia Book Of Records di sini, hari ini.

Pada program berkenaan, sejumlah 343 motosikal scrambler, berjaya dihimpunkan sekali gus mencatatkan rekod baharu untuk kali ketiga dalam Malaysia Book Of Records.

Motosikal scrambler berarak masuk ketika simbolik Majlis Perasmian RGG 2019 Malaysia Book Of Records di Morib, hari ini
Motosikal scrambler berarak masuk ketika simbolik Majlis Perasmian RGG 2019 Malaysia Book Of Records di Morib, hari ini

Artikel Berkaitan:

Acara pengiktirafan itu disempurnakan oleh Exco Pelancongan Negeri Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari.

RGG merupakan acara yang menghimpunkan peminat-peminat dan pengguna motosikal era 70-an,80-an, 90-an dan sehingga masa kini, yang telah dilaksanakan sejak 2014.

Program dua hari itu berjaya menghimpunkan hampir 30,000 pengunjung pada kali ini.

Abdul Rashid dalam pada itu berkata, beliau melihat acara berkenaan wajar diteruskan sebagai satu bentuk ukhuwah pengguna motosikal yang aktif dari seluruh negara.

Ujarnya, setiap tahun pengunjung acara itu meningkat bermula hanya 4,100 orang direkodkan pada 2014.

Abdul Rashid bersama geng motosikal sempena Majlis Perasmian RGG 2019 Malaysia Book Of Records hari ini.
Abdul Rashid bersama geng motosikal sempena Majlis Perasmian RGG 2019 Malaysia Book Of Records hari ini.

“Acara ini menghimpunkan peminat motosikal dari seluruh negara, termasuk penyertaan dari Indonesia, Thailand dan United Kingdom.

“Tahniah kepada MDKL serta urusetia terlibat juga penampilan khas pelakon terkenal, Faizal Hussein @ ’Azroy’.

"Diharapkan program ini dapat diteruskan dan penyertaan pengunjung akan terus meningkat,”katanya.