Pemain Selangor julang Piala Malaysia 'selangkah' miliki rumah

Laporan Sinar Harian 24 Jun 2022 lalu.
Laporan Sinar Harian 24 Jun 2022 lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 26 bekas pemain bola sepak Selangor yang menjulang Piala Malaysia 1995 dijangka hadir pada Majlis Cabutan Undi Unit dan Menandatangani Perjanjian Jual Beli di Foyer Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Khamis.

Majlis dijadualkan pada jam 11 pagi itu dijangka dihadiri Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor, Rodziah Ismail.

Turut hadir pada majlis itu ialah, Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Juhari Ahmad.

Majlis cabutan undi dan menandatangani perjanjian dijangka berlangsung sekitar jam 12.30 tengah hari.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan skuad Merah Kuning yang menjuarai Piala Malaysia pada 1995 ditawar Rumah Idaman Selangor bernilai RM250,000 sempena sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada Ogos lalu.

Pada 24 Jun lalu, Amirudin memaklumkan bekas pemain skuad Selangor terbabit menerima tawaran Rumah Idaman Abadi di Kajang 2, mukim Semenyih.

Difahamkan kediaman bekas pemain Selangor itu juga dilengkapi dengan perabot.

Artikel Berkaitan: