PDRM buka kertas siasatan insiden tahan kereta peronda polis

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian penyokong sebuah parti politik bertindak menahan dan memeriksa kereta peronda polis semasa hari memgundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau semalam.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, polis telah menerima satu laporan polis tentang kejadian itu.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menghalang penjawat awam ketika menjalankan tugas.

“Jika disabitkan kesalahan,individu terbabit boleh dipenjara selama dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.

“Kes juga disiasat mengikut Seksyen 341 Kanun Keseksaan kerana menghalang seseorang dengan salah dan boleh diambil tindakan penjara sehingga sebulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya," katanya dalam satu kenyataan hari, ini.

Abdul Hamid berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak mengambil tindakan di luar batasan undang-undang dengan menghalang mana-mana penjawat awam daripada menjalankan tugas rasmi.

“Sila laporkan kepada pihak polis jika terdapat sebarang maklumat yang menjurus kepada pelanggaran undang-undang dan jangan sesekali mengambil tindakan di tangan sendiri,” katanya.

Kejadian berkenaan berlaku di hadapan pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua di Rantau, Rembau dan video insiden itu tular di media sosial.

Artikel Berkaitan: