Nik Abduh mahu kerjasama Pas-UMNO sampai kiamat

Nik Abduh Nik Aziz
Nik Abduh Nik Aziz
A
A
A
KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Abduh Nik Aziz mahu kerjasama antara Pas dan UMNO berterusan sampai 'kiamat'.

Beliau berkata, kerjasama yang terdapat ketika ini tidak seharusnya terbatas untuk berdepan pilihan raya umum (PRU) ke-15.

“Sebab itu saya kata biarlah sampai kiamat,” katanya dalam wawancara bersama The Malaysian Insight dan dipetik daripada portal Malaysiakini.

Dalam pada itu, Nik Abduh mengakui bahawa kerjasama itu pada mulanya tidak begitu mendapat sambutan daripada akar umbi Pas kerana mereka merasakan tidak memerlukan UMNO.

“Semakin positif, bahkan hubungan baik itu melebih-lebih pula dari pemimpin. Mereka gembira sebab kampung semakin besar.
Artikel Berkaitan:


“Dulu kalau kata ada 100 buah rumah tapi diasingkan, 50 rumah parti itu 50 rumah pengikut PAS, tapi sekarang tak berlaku,” katanya.

Bagaimanapun, Nik Abduh berkata, kemungkinan untuk Pas membentuk kerajaan campuran dengan UMNO masih belum dibincangkan.

“Kita belum beri penjelasan untuk itu lagi sebab situasi itu masih berlaku, jadi kita tidak boleh jawab,” katanya.