'Laksana amanah rakyat penuh tawaduk' - Anwar

Foto Facebook Anwar Ibrahim
Foto Facebook Anwar Ibrahim
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menaruh harapan agar jemaah menteri Kerajaan Perpaduan yang diterajuinya dapat melaksanakan segala amanah rakyat.

Tegasnya, menteri yang dilantik juga perlu menjalankan tugas dengan penuh tawaduk dan bertanggungjawab.

"Semoga kesemua mereka dapat laksana amanah rakyat dengan penuh tawaduk dan bertanggungjawab," katanya di Facebook pada Sabtu.

Menerusi hantaran itu, Anwar turut berkongsi beberapa foto sekitar Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan siang tadi di Istana Negara.

Seramai 27 menteri kabinet mengangkat sumpah jawatan dan sumpah setia simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara dekat sini pada Sabtu.

Menerusi pengumuman pada malam Jumaat, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) dilantik menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Artikel Berkaitan: