'Pemberian subsidi mesti selari sasaran'

Iswardy
Iswardy
A
A
A

SHAH ALAM - Pemberian subsidi oleh kerajaan mesti selari dengan sasaran yang menerimanya.

Pemerhati politik, Iswardy Morny berkata, ia kerana pemberian tersebut melibatkan kos tersembunyi negara.

Menurut beliau, jika subsidi tersebut tidak menepati sasaran yang sewajarnya ia akan menyebabkan kerugian.

“Saya bagi contoh seperti subsidi minyak, golongan yang dapat manfaat daripada subsidi minyak kebanyakan mereka adalah yang pakai kereta besar.

“Mereka yang pakai motosikal atau kereta dengan kapasiti enjin yang rendah maka dari segi penggunaan minyak tidak sebanyak yang pakai kereta besar, jadi dekat situ kita nampak ada ketirisan yang berlaku.

“Bila kita beri kepada golongan yang tidak memerlukan, kita akan menanggung lebihan kos dan lebihan kos itu sebenarnya kerajaan boleh tanggung dalam aspek dan pembentukan pembangunan lain,” katanya dalam program Sinar Live: ‘Inilah Kabinet Anwar’ yang dihoskan Fahiz Ariff pada Jumaat.

Hadir sama dalam program tersebut, Ahli Majlis Perundingan Pertanian Negara, Preofesor Datin Fatimah Mohamed Arshad dan Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Md Shukri Shuib.

Mengulas lebih lanjut mengenai hal berkenaan, Iswardy turut mencadangkan supaya kerajaan menumpukan untuk memperkenal dan memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) pelajar sekolah.

Artikel Berkaitan:

Jelas beliau, ia sedikit sebanyak dapat memberi kesan baik terhadap masa hadapan kerjaya mereka.

“Bila mereka ada kemahiran, mereka bukan sahaja boleh bekerja di dalam negara, tetapi juga di luar negara dan nilai pendapatan mereka jadi lebih banyak,” tambah Iswardy.

Ujarnya, sekiranya berlaku kenaikan barang berikutan inflasi, rata-rata mereka dapat menghadapi fenomena itu dengan baik.

“Sebenarnya, kita tak boleh halang inlasi ini, tapi biarlah ia setara dengan pendapatan yang ada,” kata Iswardy.