Modric puas singkirkan Belgium

Modric sangat gembira dapat membantu Croatia mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia Qatar 2022. Foto EPA
Modric sangat gembira dapat membantu Croatia mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia Qatar 2022. Foto EPA
A
A
A

TIDAK dapat digambarkan kegembiraan Luka Modric ketika membantu Croatia menahan rentetan rangkaian serangan Belgium untuk mengikat keputusan seri tanpa jaringan pada Jumaat.

Keputusan tersebut sudah cukup buat naib juara edisi lalu itu mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia.

Satu mata berharga itu memadai buat Croatia untuk menduduki tangga kedua Kumpulan F di belakang Maghribi sekali gus menyingkirkan generasi emas Belgium.

"Kami terlalu gembira dapat mara ke pusingan 16 terakhir. Kami berhak mendapatkannya dengan perlawanan yang kami harungi.

"Kami melalui beberapa saat sukar ketika menentang pasukan yang hebat," ujar Modric.

Belgium berpeluang untuk menang, namun dipersiakan oleh penyerang sensasi, Romelu Lukaku pada penghujung perlawanan.

Ketika babak mendebarkan itu, dia memilih menahan bola dengan dada di hadapan gol, berbanding cuba menanduk atau menendangnya.

"Kami sudah mencapai sasaran pertama, sekarang untuk sasaran seterusnya.

Artikel Berkaitan:

"Hari ini (Jumaat) kami membuktikan yang kami pasukan teratas. Kami mampu menentang sesiapa sahaja dan siapa pun lawan selepas ini, ia bukan tugas yang mudah buat mereka," katanya.