Pentas terakhir 'kuda tua' Uruguay beraksi

Suarez (kanan) dan Cavani masih berpeluang meledak untuk membantu Uruguay memburu slot pusingan kalah mati Piala Dunia Qatar 2022 pada aksi terakhir Kumpulan H menentang Ghana pada Jumaat. - Foto EPA
Suarez (kanan) dan Cavani masih berpeluang meledak untuk membantu Uruguay memburu slot pusingan kalah mati Piala Dunia Qatar 2022 pada aksi terakhir Kumpulan H menentang Ghana pada Jumaat. - Foto EPA
A
A
A

JURULATIH Uruguay, Diego Alonso tenang di sebalik kecaman di atas tindakannya yang menyandar harapan kepada bintang veteran Luis Suarez dan Edinson Cavani dalam kempen Piala Dunia Qatar 2022 ketika ini.

Uruguay berada di ambang penyingkiran menjelang aksi terakhir Kumpulan H menentang Ghana di Stadium Al Jaboub pada Jumaat.

Mereka yang berada di tangga tercorot kumpulan sekadar mengutip satu mata wajib menang ke atas Ghana untuk mara ke pusingan kalah mati.

Sambil mengharapkan talian hayat dari Portugal yang memimpin kedudukan kumpulan dengan enam mata menewaskan Korea Selatan.

Di Uruguay, fokus tidak terarah kepada penyerang veteran itu sebaliknya Alonso yang berdepan kritikan teruk.

"Kami tidak pernah berhenti melakukannya (gaya serangan) tetapi pasukan lawan juga menggunakan cara sama.

"Ia bukan bermakna kami tidak mencuba. Namun lawan juga bersaing dengan baik, bermain bagus dan menghalang anda untuk berada dalam posisi yang anda mahukan.

"Sebahagian pengkritik pula menyedari had yang ada pada dua penyerang berusia 35 tahun itu tetapi tidak menyalahkan mereka terhadap kegagalan Uruguay," ujar Alonso.

Artikel Berkaitan:

Ketika Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi membara dalam apa yang disifatkan sebagai Piala Dunia terakhir mereka, dua pemain veteran Uruguay itu hilang dari radar.

Suarez dan Cavani yang mencecah usia 35 tahun, sebelum ini memberitahu Piala Dunia Qatar adalah penamat buat mereka.

Selepas terikat tanpa jaringan berdepan Korea Selatan serta kalah 2-0 kepada Portugal, aksi terakhir itu bakal menjadi platform terakhir yang manis atau pahit buat mereka di pentas dunia.

Suarez dan Cavani tidak boleh dinafikan sebagai dua penyerang terhebat pernah disaksikan dalam generasi mereka, selain Messi dan Ronaldo.

Mereka menghuni dua tempat teratas pemain dengan rekod sepanjang zaman Uruguay dengan Suarez di kedudukan teratas.

Suarez dan Cavani juga adalah sebahagian pasukan yang mara ke separuh akhir Piala Dunia 2010 sebelum menjuarai Copa America setahun kemudian.

Ketika Messi meledak ketika Argentina menang 2-0 mengalahkan Mexico di Qatar dan Ronaldo melakar sejarah pemain pertama meledak dalam lima edisi Piala Dunia, gandingan Uruguay itu tampak menghampakan.

Melainkan berlaku keajaiban mereka kembali mendapat sentuhan terbaik menentang Ghana, karier penyerang veteran terhebat Uruguay itu boleh berakhir dengan cemerlang.