Erick Thohir nafi jadi dalang lapor FAM kepada FIFA

Erick Thohir
Erick Thohir
A
A
A

PRESIDEN Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya beliau menjadi dalang yang membuat aduan kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung skandal pemain warisan Malaysia.

Menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak berasas, beliau turut mempersoalkan kembali motif atau keperluan untuk beliau berbuat demikian.

"Ya, pastinya ia tidak benar sama sekali," katanya.

Sebelum ini, terdapat satu laporan berita yang mendakwa beliau merupakan individu yang melaporkan isu tersebut kepada FIFA.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Erick menegaskan bahawa beliau tidak mendapat sebarang keuntungan untuk melakukan tindakan sedemikian.

"Saya rasa buat apa kita mahu campur tangan kemajuan negara lain? Sedangkan kita saling memerlukan dan bersaing secara sihat antara negara Asia Tenggara mahupun pada peringkat Asia.

"Jadi, minta maaf... kelas (standard) saya bukan di situ," ujarnya.

Dalam pada itu, Erick menjelaskan bahawa pihaknya kini sedang memfokuskan usaha untuk meningkatkan tahap daya saing bola sepak di rantau ini secara keseluruhan.

"Sebaliknya, kita sentiasa mendorong bagaimana persaingan itu dapat terus ditingkatkan untuk negara-negara di Asia Tenggara dan Asia.

Artikel Berkaitan:

"Sebab itulah sambil kita meningkatkan kualiti kita sendiri, kita mahu rantau ini maju. Kerana jika kualiti bola sepak kita tidak meningkat, sudah pasti kita akan terus tewas kepada pasukan dari Eropah dan Amerika Latin.

"Kita akan lihat contoh nanti, adakah negara-negara Asia ini sudah mampu memainkan peranan yang lebih besar dalam kejohanan-kejohanan yang disertai," katanya lagi.

Terdahulu FIFA mendapati Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan bersalah melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berhubung pemalsuan dokumen pendaftaran.

Tujuh pemain yang didakwa terlibat dalam krisis berkenaan ialah Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Manchuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel.

Ringkasan AI

  • Erick Thohir menafikan dakwaan menjadi dalang aduan kepada FIFA tentang skandal pemain warisan Malaysia
  • Tuduhan tersebut disifatkan tidak berasas dan Erick mempersoalkan motif tuduhan itu
  • Laporan berita sebelum ini mendakwa Erick sebagai individu yang melaporkan isu tersebut kepada FIFA
  • Erick menegaskan tidak ada keuntungan bagi dirinya untuk melaporkan hal tersebut dan berfokus pada peningkatan kualitas sepak bola di Asia
  • FIFA mendapati FAM dan tujuh pemain warisan bersalah melanggar Kod Tatatertib berhubung pemalsuan dokumen pendaftaran

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!