Tarikh nikah makin hampir, gadis cari bapa untuk jadi wali

Nur Azielah menunjukkan gambar bapanya, Mohd Ruzi yang terputus hubungan sejak kecil.
Nur Azielah menunjukkan gambar bapanya, Mohd Ruzi yang terputus hubungan sejak kecil.
A
A
A

MELAKA - Seorang gadis yang bakal berkahwin meminta bantuan orang ramai mencari bapa kandungnya bagi menjadi wali pernikahannya awal bulan ini.

Pembantu jualan, Nur Azielah Mohd Ruzi, 20, berharap bapanya, Mohd Ruzi Mohd Rawi dapat ditemui segera supaya majlis pernikahan yang dirancang berjalan lancar.

Menurutnya, dia terputus hubungan dengan bapanya sejak masih kecil dan selepas itu dia dijaga oleh ibu saudaranya, Rohaya Wahab sehingga sekarang.

"Sejak saya kecil ayah telah menghilangkan diri. Sudah merata tempat saya mencari ayah namun belum ditemui," katanya yang menetap di Klebang.

Nur Azielah kini buntu dan tidak tahu bagaimana lagi mahu mencari bapanya sedangkan tarikh pernikahan semakin hampir.

Sehubungan itu, dia berharap orang ramai yang mengenali Mohd Ruzi dan tahu lokasi bapanya dapat menghubungi talian 011-3559 7429.

Artikel Berkaitan: