Laluan LRT Kelana Jaya kembali pulih

Laporan Sinar Harian pada Selasa.
Laporan Sinar Harian pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya yang mengalami gangguan teknikal petang Selasa telah kembali pulih.

Rapid Rail Sdn Bhd selaku pengendali perkhidmatan dalam satu kenyataan malam Selasa berkata, kerja-kerja membaik pulih komponen yang rosak akibat disambar petir telah selesai dijalankan.

Menurut kenyataan itu setakat pukul10 malam Selasa, semua operasi tren yang melalui stesen LRT Kerinchi beroperasi secara automatik dan normal di kedua-dua hala.

"Pasukan jurutera akan terus memantau kestabilan sistem di kawasan terlibat. Rapid Rail sekali lagi ingin memohon maaf kepada pengguna di atas kesulitan yang dihadapi,” menurut kenyataan itu.

Gangguan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya berpunca daripada Sistem Keselamatan Hentian Kecemasan Pencerobohan Penumpang (PIES) yang aktif secara tiba-tiba selepas disambar petir di Stesen LRT Kerinchi petang Selasa.

Akibat daripada gangguan itu, semua tren yang melalui kawasan berkenaan terpaksa dipandu secara manual, mengakibatkan kelewatan jadual perjalanan dan kesesakan platform berlaku di beberapa stesen. - Bernama

Artikel Berkaitan: