Data 11.6 juta pengguna WhatsApp bocor data kitar semula FB

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Siasatan Yayasan Digital Malaysia (YDM) mendapati data sejumlah 11.6 juta pengguna WhatsApp yang didakwa bocor baru-baru ini merupakan data dikitar semula daripada akaun Facebook (FB).

Ketua Inovasi Digital YDM, Mohd Fazli Azran berkata, selepas melaksanakan penelitian dan siasatan, pihaknya mendapati ia data lama Facebook.

"Setelah pihak kami membuat data forensik dan membuat siasatan silang terhadap data yang didakwa oleh penggodam lain, iaitu data Facebook 500 juta telah dibocorkan dan WhatsApp pula sebanyak 487 juta melibatkan 84 buah negara termasuk Malaysia, iaitu 11.6 juta.

"Anggaran dari dakwaan tersebut sebanyak 20 peratus data pengguna Facebook seluruh dunia. Data yang terbocor itu kami silangkan dengan data dari penggodam WhatsApp dan Facebook.

"Justeru, mendapati ia adalah data yang sama iaitu sebanyak 11.6 juta di Facebook begitu juga WhatsApp sebanyak 11.6 juta juga," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Jelas Mohd Fazli, data yang didakwa bocor bukan dari WhatApp, sebaliknya data Facebook yang dikitar semula oleh penggodam terbabit.

"Bagaimanapun, pihak kami memandang isu keselamatan siber negara adalah isu utama yang perlu diketengahkan dan disiasat terlebih dahulu dah disahkan sebelum membuat andaian atau dakwaan sebelum diterbikan kepada rakyat malaysia.

"Ia supaya tidak timbul isu yang boleh menggugat keselamatan negara dan memberi impak yang negatif terhadap negara. Kita tidak mahu rakyat memberi memandang serong dan memberikan berita yang tidak benar dan boleh memudaratkan emosi kepada rakyat Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Data sampel dari penggodam
Data sampel dari penggodam

"Pihak kami memandang berat dan meminta supaya pihak media mendapatkan berita yang sahih dan dari pakar keselamatan siber yang sepatutnya dan yang berkaliber untuk membuat laporan yang benar supaya tidak menimbulkan keresahan rakyat dan Malaysia secara umumnya," ujarnya.

Pada Isnin, lebih 500 juta data pengguna platform WhatsApp dilaporkan terdedah termasuk 11.6 juta daripadanya adalah data pengguna di negara ini.

Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) Siraj Jalil berkata, data berkenaan dijual di sebuah forum penggodaman antarabangsa dengan nilai antara RM8,000 hingga RM30,000 bagi setiap set data.