Jerebu: Umat Islam diseru adakan solat hajat serentak di seluruh negara

Suasana jerebu menyelubungi ibu negara dengan beberapa bangunan pencakar langit kelihatan samar dan menjejaskan jarak pengelihatan ketika tinjauan dari Menara Merdeka 118 dan Dr Zulkifli Hasan. - Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan menyeru umat Islam untuk mengadakan solat hajat susulan situasi jerebu yang melanda negara ketika ini.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Zulkifli mengajak solat hajat dijalankan secara serentak di seluruh masjid dan surau di Wilayah Persekutuan. 

"Jerebu makin teruk, senjata kita adalah doa. Saya menyeru solat hajat diadakan serentak di seluruh masjid dan surau Wilayah Persekutuan.

"Moga Allah SWT mencurahkan rahmat dan hujan yang bermanfaat,” katanya dalam hantaran itu. - Bernama 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!