Sedia infrastruktur kecil bantu golongan bekerja sendiri

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri disarankan menyediakan lebih banyak infrastruktur kecil bagi membantu golongan bekerja sendiri menjana pendapatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong berkata, golongan pekerja buruh, petani, penternak, nelayan yang bekerja sendiri merupakan sosok penting dalam lingkungan rantaian keperluan masyarakat.

"Sebagaimana kerajaan menyediakan infrastruktur yang cukup bagi penjawat awam, mereka yang bekerja sendiri juga perlu disantuni.

Jika petani tidak bercucuk tanam, mungkin krisis bekalan beras lebih kritikal. Andai nelayan tak turun ke laut mana mungkin kita akan menikmati hidangan ikan yang lazat. Andai penternak berhenti memelihara, mungkin ketika itu baru kita menyedari betapa perlunya mereka.

"Justeru, mereka semua adalah tenaga penting di bawah teras satu rakyat yang perlu disantuni bagi mengiktiraf jasa mereka dalam memajukan serta membangunkan ekonomi setempat dan negeri," katanya.

Sulaiman berkata demikian ketika membahaskan enakmen perbekalan 2023 pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ke-5 Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 (Bajet) di sini, pada Selasa.

Katanya, pembinaan infrastruktur kecil boleh dilakukan secara bergotong-royong.

"Bahan binaan disediakan oleh kerajaan dan kaedah membinanya secara gotong-royong. Nampak kecil, tetapi inilah namanya rakyat disantuni," ujar beliau.

Artikel Berkaitan: