Persempadanan semula kawasan Parlimen Sabah wajar dilaksana

Amisah (kanan) ketika hadir pada sidang DUN Sabah, Kota Kinabalu.
Amisah (kanan) ketika hadir pada sidang DUN Sabah, Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Persempadan semula kawasan Parlimen di Sabah melibatkan penambahan kerusi wajar dilaksanakan secepat mungkin, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Datuk Amisah Yassin.

Beliau berkata, gesaan itu adalah mengambil kira keperluan semasa berikutan keadaan sesetengah kawasan Parlimen yang besar dan menyukarkan proses pemantauan serta pembangunan di negeri ini.

"Saya ingin menggesa supaya dilaksanakan penambahbaikan Perjanjian Malaysia dengan mengkaji persempadan semula kawasan-kawasan Parlimen di Sabah ini.

"Kajian semula dengan melibatkan penambahan kerusi amat bersesuaian dengan keperluan semasa memandangkan sesetengah kawasan Parlimen terlalu besar dan sukar untuk dilaksanakan proses pemantauan dan pembangunan bagi pelaksanaan tugas berkhidmat kepada rakyat dan pengundi dengan efektif," katanya ketika menyampaikan ucapan perbahasan Bajet Sabah 2023 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini pada Isnin.

Sehubungan itu, beliau berkata, sewajarnya proses persempadan dilaksanakan secepat mungkin khususnya bagi Sabah dan Sarawak.

Artikel Berkaitan: