PH akan bangkit selepas kekalahan di Rantau, kata Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keyakinan PH akan bangkit mendapat sokongan rakyat selepas ini walaupun tewas dalam PRK DUN Rantau, hari ini.

Beliau berkata, PH dan PKR menghormati keputusan PRK itu dan mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Mohamad Hasan yang mempertahankan kerusi DUN Rantau.

“Kekalahan ini merupakan peringatan kepada pimpinan PH untuk terus memberi perhatian yang sewajarnya terhadap kebimbangan rakyat berhubung isu ekonomi dan kos sara hidup.

“Saya melahirkan keyakinan PH akan kembali bangkit mendapat sokongan rakyat selepas ini,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Anwar turut berterima kasih kepada jentera PKR serta parti komponen PH kerana berjaya menunjukkan kematangan dan contoh baik ketika sesi kempen.

ARTIKEL BERKAITAN: Rantau Tok Mat 'punya'

PRK DUN Rantau menyaksikan BN yang diwakili oleh Mohamad berjaya mempertahankan kerusi DUN Rantau dengan majoriti 4,510 undi pada PRK hari ini.

Mohamad memperoleh 10,397 undi sekaligus menewaskan calon PH, Dr S Streram yang mendapat 5,887 undi.

Artikel Berkaitan:

Dua calon Bebas iaitu R Malar memperolehi 83 undi manakala Mohd Nor Yassin 79 undi sekaligus menyebabkan mereka hilang wang deposit.