Lelaki disyaki terlibat judi bola sepak ditahan

ISMAIL
ISMAIL
A
A
A

BATU PAHAT - Seorang lelaki ditahan di daerah ini selepas disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian bola sepak sempena Piala Dunia Qatar 2022.

Ketua Polis Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, lelaki warga tempatan berusia 31 tahun itu ditahan di tepi jalan ketika mencari pelanggan pada jam 8.45 malam Jumaat lalu.

"Hasil serbuan, polis berjaya merampas sebuah telefon bimbit dan wang tunai sebanyak RM185.

"Semakan lanjut menerusi telefon bimbit yang dirampas mendapati, suspek mempunyai jumlah had akaun perjudian di dalam talian sebanyak RM8,000," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun, denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM200,000, jika sabit kesalahan.

"Polis memberi amaran akan terus memerangi sindiket perjudian bola sepak sempena Piala Dunia 2022 yang kini sedang berlangsung," tegas beliau.

Artikel Berkaitan: