Tiga lelaki ditahan terlibat pertaruhan bola sepak Piala Dunia

Mohd Yusri
Mohd Yusri
A
A
A

IPOH - Tiga lelaki tempatan ditahan di Perak selepas disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian bola sepak sempena Piala Dunia Qatar 2022.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, ketiga-tiga mereka disyaki ejen bookie itu ditahan dalam tiga serbuan di Ipoh dan daerah Hilir Perak menerusi Op Soga IX yang bermula 21 November lalu.

"Aktiviti pertaruhan Op Soga di Kontinjen Perak dikesan menggunakan satu aplikasi yang membolehkan pelanggan membuat pertaruhan di alam maya.

"Suspek hanya perlu 'top up' aplikasi berkenaan dengan membeli top up atau secara terus di premis yang menyediakan top up tersebut," katanya dalam atau kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, dalam serbuan itu, polis turut merampas alat peranti, peralatan yang mempunyai catatan taruhan dan wang tunai keseluruhan RM900.

Katanya, kesemua suspek berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun itu telah direman bagi siasatan kes di bawah Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953.

"Tindakan berterusan sedang dijalankan untuk memerangi aktiviti ini secara menyeluruh," katanya.

Op Soga bermula pada 21 November lalu hingga 19 Disember depan bagi membanteras gejala pertaruhan dan perjudian membabitkan Kejohanan FIFA World Cup Qatar 2022.

Artikel Berkaitan:

Kejohanan ini melibatkan sebanyak 32 negara yang dibahagikan kepada lapan kumpulan.