Penunggang motosikal maut rempuh belakang lori tunda

Motosikal yang ditunggang mangsa merempuh belakang lori tunda di Kilometer 76.2 Lebuhraya Kuala Lumpur ke Karak dekat Bentong pada Sabtu. - Foto PDRM
Motosikal yang ditunggang mangsa merempuh belakang lori tunda di Kilometer 76.2 Lebuhraya Kuala Lumpur ke Karak dekat Bentong pada Sabtu. - Foto PDRM
A
A
A

BENTONG - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori tunda di Kilometer 76.2 Lebuhraya Kuala Lumpur ke Karak dekat Bentong pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.50 petang itu, mangsa, Samad Cham, 48, mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, hasil siasatan mendapati lori tunda itu berhenti di bahu jalan di lokasi terbabit.

"Selepas kira-kira 30 minit, tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat di bahagian belakang dan mendapati sebuah motosikal dari arah Bentong telah melanggar bahagian belakang sebelah kanan lori tersebut.

"Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau menyeru mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut tampil bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," jelas Zaiham.

Artikel Berkaitan: