Radzi Jidin lancar e-aduan buat warga Putrajaya

Gambar yang dikongsikan Mohd Radzi menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat berhubung pelancaran e-aduan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya.
Gambar yang dikongsikan Mohd Radzi menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat berhubung pelancaran e-aduan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya.
A
A
A

PUTRAJAYA - Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin melancarkan e-Aduan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya.

Perkara itu dikongsikannya menerusi laman Facebook pada Jumaat.

Menurut Mohd Radzi, inisiatif itu bagi memudahkan warga Putrajaya menyampaikan cadangan dan aduan untuk perhatian serta tindakan.

"Saya ambil maklum aduan yang telah melalui media sosial saya seperti Facebook, Instagram dan Twitter," tulisnya.

Beliau berkata, e-aduan tersebut adalah selaras dengan tawarannya kepada penduduk Putrajaya dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.

"Menerusi #EraBaharuPutrajaya, kita tawarkan untuk membangunkan sebuah aplikasi pusat sehenti yang dikenali sebagai Putrajaya Care yang mana ia sedang giat dijalankan," katanya.

Bekas Menteri Kanan Pendidikan itu berkata, setiap aduan akan diambil tindakan dari semasa ke semasa.

"Warga Putrajaya boleh menyalurkan aduan atau cadangan menerusi https://erabaharuputrajaya.com/aduan," katanya.

Artikel Berkaitan: