'Masa semakin suntuk'

Pandangan dari udara menyaksikan anggota penyelamat berusia menggali rumah yang runtuh akibat gempa bumi di Cugenang, Cianjur, Jawa Barat. - AFP
Pandangan dari udara menyaksikan anggota penyelamat berusia menggali rumah yang runtuh akibat gempa bumi di Cugenang, Cianjur, Jawa Barat. - AFP
A
A
A

CIANJUR - Pihak berkuasa Indonesia mengerahkan jentera berat, helikopter dan ribuan anggota anggota tentera dan penyelamat mencari puluhan mangsa terselamat ketika jumlah korban gempa bumi sudah mencecah 272 orang.

Beberapa mangsa masih hidup berjaya ditarik keluar dari bongkah besi dan konkrit dalam operasi menyelamat yang dramatik di bandar Cianjur, Jawa Barat,

Ia termasuk seorang budak lelaki berusia enam tahun yang terperangkap selama dua hari di bawah serpihan tanpa menjamah makanan atau minum air.

Pegawai berkata, seramai 39 orang masih hilang dan dipercayai masih terperangkap bawah runtuhan, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang kini usaha menyelamat terpaksa ditangguhkan akibat hujan lebat dan gegaran susulan.

"Apabila kami mendapati Azka masih hidup, semua orang menangis termasuk saya.

"Ia sangat mengharukan dan terasa seperti satu keajaiban," kata sukarelawan tempatan berusia 28 tahun, Jeksen Kolibu kepada AFP.

Di daerah Cugenang yang paling teruk dilanda gempa bumi, puluhan pekerja penyelamat menggerudi kepingan konkrit besar dan atap bumbung yang dialihkan dari sebuah rumah yang musnah di mana seorang kanak-kanak perempuan masih terperangkap.

Ibu kanak-kanak tersebut kelihatan risau melihat kerja-kerja menyelamat anaknya sedang diusahakan anggota penyelamat.

Artikel Berkaitan:

Gempa bumi pada Isnin lalu dijangka meningkat dengan kira-kira 2,000 orang cedera yang sebahagian daripada mereka berada dalam kritikal dan sekurang-kurangnya dua kampung terputus hubungan.

Jumlah itu meningkat pada Khamis selepas mayat seorang lelaki berusia 64 tahun ditemui. - AFP