Kerajaan Perlis harap Persekutuan amal sikap sama rata

Mohd Shukri
Mohd Shukri
A
A
A

KANGAR - Kerajaan Perlis berharap kerajaan Persekutuan yang baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat mengamalkan sikap sama rata.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, projek pembangunan yang sedang berjalan di Perlis perlu diteruskan demi kebaikan seluruh rakyat negeri ini.

"Saya harap kerajaan Pusat akan memberi layanan sama rata (terhadap semua negeri).

"Bagi projek pembangunan yang sudah diluluskan dan sedang berjalan mesti disiapkan demi kebaikan rakyat negeri ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Khamis.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 di Istana Negara, Kuala Lumpur pada petang Khamis.

Anwar, 75, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Artikel Berkaitan: